Arkib Dunia (2) Big Happy Femmily (11) BIGBANG (14) Diari Pelatih Farmasi (14) Kenangan Terindah =) (14)
Showing posts with label Kenangan Terindah =). Show all posts
Showing posts with label Kenangan Terindah =). Show all posts

Saturday, 21 July 2012

Salam Ramadhan 1433H

Alhamdulillah Ya ALLAH , Engkau telah memberikan peluang untuk kami berpuasa pada ramadhan kali nihh . Alhamdulillahh . satu nikmat yg tak terhingga bagi umat islam . kepada kawan-kawan semua di kesempatan nihh aku nk ucap Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kat korang . semoga ramadhan kali nihh lebih bermakna dan membawa keberkatan insyaALLAH . =)

jangan lupa sahur taw . sahur tuhh sunat . bak kata Ustazah Siti Norbahyah sahur tuhh membawa keberkatan dan kekuatan . jadi sahur jangan tak sahur . sahur minum air ngan kurma pun jadi laa . asalkan sahur . ok .

korang nak baca satu crita tak? nak ? nihh aku suka kat korang nihh . jom-jom baca cerita kat bawahh nihh . 

Suatu hari, gadis kecil berumur 11 tahun itu demam panas. Ibu dan ayahnya mulai digamit kerisauan. Entah kenapa, panadol pun seolah-olah tidak memberikan kesan untuk mengurangkan demam anak mereka.

Lantas si ibu dan sang ayah segera membawa anak gadis mereka ke hospital.

Doktor memaklumkan si anak perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Katanya si kecil tersebut mengalami pendarahan dalam perut. Telahan awal mungkin kerana makan yang tidak menentu sebulan dua ni.

Si
ibu stay di hospital sementara si ayah pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluan asas anaknya selama berada di wad. Pakaian dan sebagainya.

--
Ayah membuka almari pakaian anaknya. Dilihat beg galas sekolah anaknya berisi sesuatu. Lantas dibuka zipnya dan diinterogasi.

Tiba-tiba sang ayah menitiskan air mata. Dilihatnya ada dua pasang jubah. Disimpul kemas dengan reben tampak kreatif. Terselit nota kecil;

"Assalamualaikum abah, ma.

Ini hadiah Ramadan dari anakmu. Selama dua bulan ini adik mengikat perut untuk membelikan hadiah yang tak seberapa ini untuk abah dan ma. Jujur, adik iri hati pada seorang rakan ni. Waktu pulang dari sekolah, kelihatan ayah dan ibunya berjubah menjemputnya dari sekolah. Senang hati ini melihatnya. Tapi abah datang dengan seluar pendek, ma dengan tshirt dan jeans tanpa tudung di kepala datang menjemput di sekolah.

Abah..ma..adik tidak bermaksud untuk menyakitkan hati abah dan ma. Terimalah hadiah dari adik ni untuk abah dan ma. Itupun jika abah dan ma sudi.

Abah..ma..Kasih kita, kasih ke Syurga...

Tulus - anakmu."

---
Si ayah segera memecut ke hospital apabila menerima panggilan telefon dari si ibu. Katanya kritikal.

Sesampainya di wad, kelihatan si ibu sudah teresak-esak. Dengan wajah hampa. Air mata duka.

---
Hari ini, 15 Ramadhan. Kelihatan sepasang suami isteri dengan lengkap berjubah berjalan beriringan ke masjid untuk menunaikan solat terawih.

Biasanya bertiga. Tapi kali ini hanya berdua.
Di hati tetap bertiga. Sampai bila-bila.

sweet kan citer kat atass . insyaALLAH kasih mereka membawa ke syurga . maybe ada yang dah baca citer nihh . sebab bukan aku yg tulis . ak ciplak kat facebook . xperla , sharing is caring kan . hehehe . kepada tuan empunya cerita jangan marahh aaa . hehehe . peace no war =)

ok . done with story . skrang aku nak share gambar-gambar sempena ramadhan yang aku ambik kat google . tgok gambar-gambar nihh sejukk jew hati n mata memandang . korang pom bulehh ambik buat cover photo kt FB kew , buat wallpaper kat lappy kew , hndphone . n so on . at least bila kita tgok gambar tuhh , kita dapat rasa betapa bertuahnya kita dapat melalui dan merasa nikmat ramadhan dan puasa kali nihh . 
























Thursday, 17 May 2012

Perasmian Blog Chingu Bingu

amacam ok tak ngan design baru nihh .

harap korang suka .

kalau tak suka bagi tahu la yerr .

boring-boring jom la join chit chat chingu kat sini (menyempat promote . hehe)

sebarang pertanyaan tanya jew k . insyaALLAH akan dibalas dengan segera . hehe

credit to tauke  Tutorial Bina Blog dan Tutorial Untuk Blog . arigato gozaimas share ilmu .

korang yang nak makeover blog boleh laa jenguk sana . memang TERBAIKKK arr .

so now saya dengan rasminya merasmikan Majlis Pembukaan Blog Chingu Bingu atau nama manjanya Blog ChiBi . hehehe =)

please take a tour . . 

enjoy my blog walking . hehehe .

don't forget to follow me & i'll follow yours . promise =)

arigato gozaimas once again sudi jenguk Blog ChiBi .
























Wednesday, 16 May 2012

La Tahzan =)





Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).
Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'.

Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan..










p/s : Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~


Monday, 19 March 2012

K.A.W.A.N




. . . . Aku Ingin Sahabat Seperti Ini . . . .


Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
[ Riwayat Al-Tabrani ]

 
Huraian:

Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.


Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

 
Doaku untuk sahabat-sahabat :


Ya ALLAH,
tatkala bahang mahsyarMU menjilat tubuh.
izinkan kami sama-sama berteduh.. Tatkala mizanMU teliti mengira,
beratkan neracanya atas setiap jasa..
Naungi kami di sana,
berkat kasih keranaMU semata..
Andai aku berdosa di dunia ini,
ku mohon sahabat-sahabat memaafkan
agar aku tak terhina pada hari pembalasanNYA..
Andai pula kulayak ke Syurga,
kupinta bukan hanya ibu bapa dan keluargaku sahaja bersama..
Tetapi juga sahabat-sahabatku ini bersama.. Aminnn..




Friday, 3 February 2012

Senyum VS Kentut

post kali nih ak nak ajak korang main game . nak main x?
kalu nak jomm . =)



hah? game apa? game kentut-kentut kew pastuh senyum ?


hahhaha . x-der la . memang  la tajuk Senyum VS Kentut tapi x-der la smpai main game macam tuhh . huhu . kalu nak tahu main game apa . jomm la join .


ok . dah ready mental ngan fizikal x sebelom main game nih ?


kalu dah . lets start !






ok . korang tahu x nak nyanyi lagu kat dalam gambar kat atas tuhh ? hah? apa ? x-nampak .



ok . ok . aku tolong korang bagi nampak .





haa . nampak kan . kalau x-nampak lagi , x-tahu la aku nak kata apa . maybe korang ada masalah ngan mata korang kot .


back to the game .


first , aku nak korang nyanyi dulu lagu kat atas tuhh .



. . . . n.y.a.n.y.i.s.a.m.b.i.l.s.e.n.y.u.m. . . .






ok . sedap korang nyanyi wlpon pitching lari . hehehe .


second . cuba korang kira berapa bilangan perkataan SENYUM dalam lagu tuhh .



. . . . k.i.r.a.b.e.t.u.l.b.e.t.u.l. . . .



ok . dah dapat jawapan ? kalau korang kira  sembilan betullah tuhh .


third . aku nak korang nyanyi balik lagu tadi tapi dengan syarat korang tukar perkataan SENYUM tuhh kepada KENTUT .




. . . .n.y.a.n.y.i.j.a.n.g.a.n.x.n.y.a.n.y.i. . . .


. . . .t.u.k.a.r.j.a.n.g.a.n.x.t.u.k.a.r. . . .




ok . kelakar kan? hahhaaha . nak-nak yang ayat 



"kau terKENTUT , ku terKENTUT , kemesraan menguntum "

hahaha . = D


yang menyampah ngan game nih . maaf lah . aku x-mampu nak puaskan hati semua orang . 


yang mana enjoy main game nihh . thanks sbb korang memang best la join game aku yang entah pepe nihh . 


hope korang enjoy main game nihh .


peace no war   ◕ ‿ ◕






Saturday, 28 January 2012

Mana MAK ??





Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
 

p/s : Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah SAW. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab? 
renung-renungkanlah . . . . .


Sunday, 1 January 2012

Mee Sup Kg.Lembaga

. . . .   ( post kali nihh versi dialek KELANTAN) . . . .

wow . ganas molekk namo kampung , KG. LEMBAGA . bakpo gak nama kmpng lagu tu nah? berhantu ko kmpung tuhh? ngosekk ko?? dop ehh . mano ado . xngosekk pom . xdop pom . xajin la jupo ag . huhu . asal siloh kmpung nihh pom xthu la gano sapa bulehh jadi nama Kg. Lembaga tuhh . nantilah klu ada maso gak nok ejahh g tnyo ore kmpng laa gano buleh buwi namo Kg. Lembaga tuhh . huhu . 

eh eh bakpo g introduce pasal Kg.Lembaga nihh . nok citow pasal mee sup g citow pasal kmpung plokk . orq alosss laaa , xdop arohh wei . huhu . nampok sgt nok suh panje post . mugo tahu doh x-dop bendo ugok nok tuliss . hahahaa . 

ok ok start dohni . benanyo kalu ikt plan geng ak buleh g make mee sup blako bab maso tuhhh pakat cuti (ujung bulan disember) except ayu nga sema jahh x-leh mugo pokyo bru msuk blaja msa tuhh . pah tup-tup ak , ena nga mida jah g make mee sup . gee xbalikk n miah plok g pah johor umoh abe dyo . herm , x-pola nok wat gano x-dop rezeki sep kito nk jupo . nanti la kito wat plan B plok lain kali . huhu

kedai mee sup Kg.Lembaga nih bnyk la jugok tp gak kedai mee sup peberet geng ak ado so jahh . kedai 'mee sup kak ah' . meme sedap ar mee sup dyo . berbaloi ugok la make situ . pah kebetule anok dyo tuhh (Mimi) sain jugok ngan ak . sebaya nga sesekolah . kiro berehh la mugo jak kecik ag sain . Kak Ah pom kenal doh geng-geng ak . nok wat gano g make sokmo time kolohh luhh . x-lehh ado maso lapang , g make situu . huhu . 

lamo la jugok x-g make kdai kak ah jak-jak duk blaja jauhh nihh . pah pulok nk kmpul nga budok-budok nihh susohh jugok . jarang-jarang sekali jah pakat cuti lakow . mugo tmpat ngaji bezo-bezo tuhh gakk . payah ckit la nk kumpul . kalu dea kumpul gakk , gege-gegok laluhh . huhu . pah gak pahh cerohh duk citow pasal jame-jame kolohh luhh . huhu . tp meme best laa jupo gu lamo gak . mace-mace nok citow . huhu . rindu weyh jame-jame kolohh luh . huhu . =)

x-dop gapo doh nok citow . tgok klik-klik jo laa . huhu . sikit jah pon klik-klik mugo duk ralit make mee sup dekpun . huhu =)


sedap bohh . terbaikk dari ladang laa . =)

mida nga eyna jo la hok join ari tuhh

beley-beley make pom , klik-klik jugokk . huhu .

ni baru 3 ore , kalu 7 ore , x-tahu laa . huhu

haa . lain kali nok try ejahh ugok biar tujuh ore geng ak tuhh cukup blako . g wat reunion make mee sup kedai kak ah . huhu . to my geng update la pasal cuti pokmu tuhh ktku , sene ak nk atur . hehe . ak nok biar jadi gokk pok kito g make rmai-rmai nih deh deh . hehehe . stakat ni jo la pasal g make mee sup nihh . start esok ak sibuk jadi AJK Orientasi budok-budok hok baru msuk KSKB Sg.Buloh Sesi Januari 2012 ( yo ko dop sibuk nihh ) . nanti hbis Orientasi ak update la blog nihh ctow pasal Orientasi plok . huhu . 



p/s : actually ak sepatutnya update pasal makan mee sup ni lepas kitorg g makan tapi sebab ak baru jew kehilangan arwah nenek ak (belah mek) jadi x-sempat la nk bukak blog . minta kawan-kawan sumer sedekahkan Al-Fatihah la kat arwah nenek ak . Semoga arwah Nenek ak ditempatkan di kalangan org yg beriman & beramal soleh . aammiiinnn .

Al-Fatihah . . . . .


Saturday, 29 October 2011

Sayonara



sayonara sayonara (baca dalam nada nyanyi) huhu . knapa sayonara?? apa maksud sayonara tuh?? maksudnya selamat tinggal . knapa selamat tinggal?? sebabnya ak da x-on9 lpas nih . knapa? sbbnya ak nak tinggal baby (laptop) ak nih kat foxcave . 

maklumlah lpas nih nak exam , so kna focus kt study la plak . huhu . klu ada baby depan mata msti x-leh nk stdy . asyik nak pegang baby jew . huhu . gitulah gamaknya . hehe . so naper org lain yg ada laptop boleh jew stdy , x-mganggu pon . sbbnya depa tuh pndai bgi masa utk stdy ngan on9 . macam ak nihh x-leyh nk bgi msa ckit . asyik nk jaga baby jew . huhu . well , ak msti la thu klmhan ak sndiri kan .so , to prevent dr ak x-stdy better ak tinggal baby ak nih kat family ak .

so , lpas abis exam nih ak on9 la blik n msa tuh da cuti sem kot . msa nih la ak nak ajar diri ak hidup bjauhan ngan baby ak jap . wlpon ak sedih sbnrnya nk tinggal baby tp demi exam ak sanggup . hehe . ak harap dgn x-on9 , dptla ak stdy dgn cemerlangnya . haha . nmpak sgt sblm nih x-cemerlang . huhu

di kesempatan nih ak nk ucap "arigato gozaimas" kpd korang yg sudi follow blog ak yg x-seberapa nih . =) . n ak jugak nk mintak maaf klu ada tulisan or gmbr dlm blog nih yg korang x-suka . yg baik tuh datang dr ALLAH SWT dan yg buruk tuh datang dari klemahan ak sendiri . maaf bebanyak yer . 

ak jugak nk ucap GOOD LUCK buat korang yg tengah or akan exam-final dan juga good luck buat korang yg tngah tunggu result exam final ari tuhh . moga korang dapat la result yg baik-baik & cemerlang . aamiiiinnn . doakan ak jgk yep . moga ak pom dapat jawab exam ngan tenang & dapat result yg cemerlang . klu x-cemerlang pom , lulus pom ALHAMDULILLAH . insyaALLAH . aammiinnn .

setakat ni jer la post ak kali nih . bulan 12 nih kita jumpa lagi . masa tuh ak dah blik foxcave untuk jumpa baby kesayangan ak nihh . so burbye , sayonara . =)





Wednesday, 26 October 2011

bila sahabat lama berjumpa

haa bertarikh 25 OKTOBER 2011 bersamaan hari selasa ak jumpa ngan sahabat lama ak . Miah nga Eyna . herm. mmg best la jumpa . asyik gelak jew . nak nak ngan telatah anak sedara Miah  -along- hahaha . dah lama kami rancang nk jumpa tp alhamdulillah ahkirnya diizinkan oleh ALLAH SWT kitorang jumpa semalam . 

the best part is kitorang pakai baju merah -red warriors- hahaha . warna kelantan la katakan . huhu . pagi kul 9 tuhh ak ngan Eyna g Pusat Sivik coz Miah tggu kat sana . Family dyer bukak gerai kat sana coz ada event Seminar Kesedaran Pensijilan Halal & Penggunaan peringkat Jajahan Gua Musang . so ak ngan Eyna yg x-der kna mgena pon terjoin skali . huhu . so, lpas smpai tuh kitorng g makan luh . Maklumlah sumer x-breakfast ag . so kitorng g la makan kat kedai makan Nasi Kukus. msa nihh lupa nak klik-klik gmbar . lapar laa katakan . huhu . 

so lpas makan tuh sempat la klik-klik gmbar kt kwsn pusat sivik tuh . actually klu ada event-event bkaitan org rmai kat pusat sivik ni la tmpatnya . lawan bola pun kt sini . time ada event mmg meriah . alaa lbih kurang macam Dewan Orang Ramai la . huhu . back to the story . so ak ngan Eyna lepak-lepak la kt Pusat Sivik tuh ngan Miah smbil -sambil jaga ank sedara Miah n klik-klik gmbar (macam biasa) . huhu . so kitorng just hanging around kat situ sampai habis event tuh . Maa Miah bagi ak ngan Eyna rempeyek yg dorng jual . Thanks Maa . huhu .


bila kami berjumpa
sumer tangan kat belakang . huhu
along (anak sedara miah) yg sweet .
bergaya la kunun. huhu
bgaya la jugak . haha
da lama nak ambik gambar camnih . huhu
event nih la ak terjoin skali.
so sweet
ada ciri-ciri nak jadi ibu nih . huhu

so lepas event tuh hbs kitorng pon g KFC . Miah belanja ak ngan Eyna . sbb ari tuh dyer da janji . huhu. btw thanks Miah . punyer la bising kitorang kat KFC tuhh smpai ada yg tgur bising nyer . huhu . biasa la . ni la jadinya bila kitorang berkumpul . lama kott x-berkumpul cam nihh .


satu-satunya KFC kat Gua Musang
comell kan kek nih . huhu
Miah belanja nihh . huhu
Eyna & Miah sempat ag berposing tuhh . huhu
sambil makan pun klik-klik jugak . huhu

lepas makan KFC kitorang g shopping kat kedai 99 . actually ak jew yg shopping sbbnyew Eyna ngan Miah da shopping awal lg kat situ . huhu . kitorang beli beg yg sama . comell . huhu . lepas tuh kitorng pegi pusing-pusing bandar lama Gua Musang tuhh . klik-klik kat kedai bunga yg terbaiknyew . Tauke kedai bunga tuh jeling-jeling tajam jew kat kitorang . maklumlah bukannyew membeli tp klik-klik jew . haha . saboor je la yew . huhu .



satu-satunya gambar kami bertiga . nice sangatt . like it .
Cik Jaa
Cik Naa
Cik Mie
Wan Hazlina Wan Yusoff
Siti Salmiah Aziz
Siti Maniza Mat
sahabat sejati
promote beg
bergaya tuhh
sempat ag bergmbar ngan patung . huhu
gambar curi nih . x- aci betoll . huhu

haa smpai petang kami bersama-sama . huhu . mmg best la . erm bila pulak la buleh wat camnih . actually ak nk sangat wat camni ngan sumer geng ak msa kat skolah luh - ayu , gee , miah , ena , mida n sema - . tp yer la sumer busy n ada kerja masing-masing . kadang-kadang time ak cuti dorang x-cuti . time dorang cuti plak , ak yg x-cuti . huhu . so bila dberi peluang dapat jumpa camnihh mmg best .

maybe next time bleh wat lagi . n maybe msa tuhh sumer dah berkeluarga . korang lahh kawan terbaik yg ak pernah ada dalam hidup ak . korang jew yg paham & yg bleh terima prangai buruk ak nihh . korang lahh kawan yg sentiasa ada d saat ak kesedihan . kesusahan , & kegembiraan . ak sayang korang sangat-sangat . ak harap persahabatan kita KEKAL untuk selamanya . remember " till death do us apart " k .










Thursday, 29 September 2011

Bangkit dari kejatuhan

Alhamdulillah pada hari nih selesai sudah exam Formatif (mid-sem exam) . Harap-harap dapat result OK la . Agak mencabar gak soalan , nak-nak soalan Farmakologi 2 . fuhhh , terKEZUT tgok soalannya . Lain yg tutorial lain yg kluar . mmg nasib ar kna macam tuhh . ak xkisah xdapat tinggi pon janji LULUS . Kalu dapat tinggi tuhh REZEKI laa . 

Selama seminggu exam nihh ak rasa happy sangat sbb ak dapat rsakan khidupan ak lbih baik dr sebelumnya . Alhamdulillah . Segala puji bagi ALLAH SWT . Ak da dapat bgun dr kejatuhan & kesedihan ak . Mungkin apa yg terjadi kat aku nihh ada hikmahnya . dan ak pon da nmpak sikit-sikit hikmahnya . 


ak tampal kt bilik nihh . setiap kali ak rsa down ak bca benda nihh . ^^,

Ak jadikan kata-kata nih sebagai pembakar semangat untuk ak teruskan hidup & menimba ilmu . Ak juga nk ucapkan terima kasih kat kawan-kawan yg support & ada waktu ak jatuh . TERIMA KASIH sgt2 . Love korang ketat-ketat . Haa?? xbuleh baca apa yg buatkan ak bersemangat tuk teruskan hidup nih?? meh ak tulis balik . . . .


Do You Know That . . . 

Allah hurt our Spirit to save our Soul
Allah broke our Heart to make us Whole
Allah sends us Pain to make us Stronger
Allah sends us Failure to make us Humble
Allah sends us Sickness to make us Cautious
Allah sends us Disaster to make us Appreciating
Allah sends us Complications to make us Think
Allah sends us Destiny to make us Ambitious
Allah sends us Family to make us Responsible
Allah sends us Tears before we learn Happiness
Allah sends us Universe to remind us about Allah
Allah sends us Death to remind us about Life
Allah will not burden us with things that 
We Can't Handle







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...