Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan 1433H

Alhamdulillah Ya ALLAH , Engkau telah memberikan peluang untuk kami berpuasa pada ramadhan kali nihh . Alhamdulillahh . satu nikmat yg tak terhingga bagi umat islam . kepada kawan-kawan semua di kesempatan nihh aku nk ucap Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kat korang . semoga ramadhan kali nihh lebih bermakna dan membawa keberkatan insyaALLAH . =)

jangan lupa sahur taw . sahur tuhh sunat . bak kata Ustazah Siti Norbahyah sahur tuhh membawa keberkatan dan kekuatan . jadi sahur jangan tak sahur . sahur minum air ngan kurma pun jadi laa . asalkan sahur . ok .

korang nak baca satu crita tak? nak ? nihh aku suka kat korang nihh . jom-jom baca cerita kat bawahh nihh . 

Suatu hari, gadis kecil berumur 11 tahun itu demam panas. Ibu dan ayahnya mulai digamit kerisauan. Entah kenapa, panadol pun seolah-olah tidak memberikan kesan untuk mengurangkan demam anak mereka.

Lantas si ibu dan sang ayah segera membawa anak gadis mereka ke hospital.

Doktor memaklumkan si anak perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Katanya si kecil tersebut mengalami pendarahan dalam perut. Telahan awal mungkin kerana makan yang tidak menentu sebulan dua ni.

Si
ibu stay di hospital sementara si ayah pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluan asas anaknya selama berada di wad. Pakaian dan sebagainya.

--
Ayah membuka almari pakaian anaknya. Dilihat beg galas sekolah anaknya berisi sesuatu. Lantas dibuka zipnya dan diinterogasi.

Tiba-tiba sang ayah menitiskan air mata. Dilihatnya ada dua pasang jubah. Disimpul kemas dengan reben tampak kreatif. Terselit nota kecil;

"Assalamualaikum abah, ma.

Ini hadiah Ramadan dari anakmu. Selama dua bulan ini adik mengikat perut untuk membelikan hadiah yang tak seberapa ini untuk abah dan ma. Jujur, adik iri hati pada seorang rakan ni. Waktu pulang dari sekolah, kelihatan ayah dan ibunya berjubah menjemputnya dari sekolah. Senang hati ini melihatnya. Tapi abah datang dengan seluar pendek, ma dengan tshirt dan jeans tanpa tudung di kepala datang menjemput di sekolah.

Abah..ma..adik tidak bermaksud untuk menyakitkan hati abah dan ma. Terimalah hadiah dari adik ni untuk abah dan ma. Itupun jika abah dan ma sudi.

Abah..ma..Kasih kita, kasih ke Syurga...

Tulus - anakmu."

---
Si ayah segera memecut ke hospital apabila menerima panggilan telefon dari si ibu. Katanya kritikal.

Sesampainya di wad, kelihatan si ibu sudah teresak-esak. Dengan wajah hampa. Air mata duka.

---
Hari ini, 15 Ramadhan. Kelihatan sepasang suami isteri dengan lengkap berjubah berjalan beriringan ke masjid untuk menunaikan solat terawih.

Biasanya bertiga. Tapi kali ini hanya berdua.
Di hati tetap bertiga. Sampai bila-bila.

sweet kan citer kat atass . insyaALLAH kasih mereka membawa ke syurga . maybe ada yang dah baca citer nihh . sebab bukan aku yg tulis . ak ciplak kat facebook . xperla , sharing is caring kan . hehehe . kepada tuan empunya cerita jangan marahh aaa . hehehe . peace no war =)

ok . done with story . skrang aku nak share gambar-gambar sempena ramadhan yang aku ambik kat google . tgok gambar-gambar nihh sejukk jew hati n mata memandang . korang pom bulehh ambik buat cover photo kt FB kew , buat wallpaper kat lappy kew , hndphone . n so on . at least bila kita tgok gambar tuhh , kita dapat rasa betapa bertuahnya kita dapat melalui dan merasa nikmat ramadhan dan puasa kali nihh . 
























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...