Thursday, 30 August 2012

Salam Syawal 1433H [ Raya + Merdeka ]





alhamdulillah akhirnya setelah berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan yang mulia , kita disambut pula dengan kedatangan bulan syawal untuk menyambut hari raya aidilfitri . camner ngan raya korang?? mesti lah best kan . nak-nak ngan family tercinta dan tersayang kann . mestii banyak menyelitt kat rumah terbuka nihh kan . betoll x? aku raya tahun nihh macam biasa meriahh sokmo nak habaq mai . tuu la untungnya BiG FamiLy nihh . hehe . haa kalau tahun lepas kitorang tema kaler merah tahun nihh tema kaler purple plak . alaa tema sama ngan masa kenduri kahwin ari tuhh . purple murple gituuu haaa .

raya kali nihh lain sikit sbb first time raya kat foxcave . tahun-tahun sebelum nihh kami beraya kat pasir puteh umah nenek aku . sbbnya nenek aku ada kat foxcave n kat pasir puteh tinggal rumah kosong jew . agak janggal laa sbb dah terbiasa ngan suasana raya kat pasir putehh kan tiba-tiba beraya kat foxcave plak . kalau dulu kat pasir putehh kitorang akan g mandi pantai pastuhh g memukat ikan n then buat seafood BBQ (hasil tangkapan memukat like ikan , ketam , udang , etc) . memang gempakk laa ngan suasana kampung , angin sempoi-sempoi bahasa , ngan pokok kelapa yg bnyak , pasir yg memutihh (alamakk terimbau kenangan dulu-dulu laa) . memang best la . tapi sekarang semua tuhh dah x-der . hermm sedihh kan n miss that moment ='( 

tapi x-per aku akan cuba menyeronokkan diri utk tahun-tahun seterusnya bila beraya kat foxcave nihh . bukan x-best raya kali nihh tapi still dapat rasa laa kelainannya . maklumlahh sejak aku kecik smpai la umur 19thun aku beraya kat pasir puteh then suddenly thun nihh umur aku dah 20thun aku beraya kat umah sendiri . xke rasa janggal tuhh . korang pon mesti rasa kan? apa-apa pun raya kali nihh pon seronokk gakk . yang penting dapat beraya ngan family terchentaa . dan aku still dapat duit raya sbb depa ingat aku budak sekolah lagi . ahahaha . (awet muda disituu . hehehe)  =)


jom-jom check it out keseronokkan aku beraya . hehehe


1 Syawal 1433H

BiG Raya

family kak ye

pasangan baru

depan tv pon jd klik-klik

nak jugakk masukk gambar

kat tangga tmpt wajib klik-klik =)

beraya sakan

1 Malaysia

nihhh bukan 2 Malaysia ek . hahaha


tunjukk duit raya

with my baby

macam sama umur kan . hahaha

culik my mom utk klik-klik

kanak-kanak riang menyibukk nk klik-klik gak . huhu

tuu diaa . cik jaa n ank sedara n adik-adik =)

like pic nihh =)

konon jew tuhh tgk tmpt lain

2 dara yg menunggu pinangan . haha

with eyna

depa jew yg datang raya kt umah . Eyna n Asmaa

berangan jew lebihh . haha


walaupun xder aktiviti seafood BBQ ngan mandi pantai tapi kitorang tukar ngan aktiviti mandi sungai ngan BBQ ayam + daging . kitorang dah terbiasa buat aktiviti-aktiviti macam nihh kan so bila dekat foxcave nihh still buat jugak laa wlpon x-sama ngan aktiviti kat kampung . ok la tuhh drpd x-buat apa-apa di hari raya nihh . korang yg menghabiskan hari raya ngan tonton tv tuhh mmg rugi gilerr . masa hari raya nihh la nk beraktiviti bagai ngan family sebab semua cuti . hari lain maybe ada yg x-cuti . so bila dah berkumpul satu family tuhh rancang aktiviti yg menarik utk dilakukan bersama ok (menyempat bagi ceramahh . heheh) .

so pada raya ke-2 tuh kami berBBQ kat umah akak aku . satu hari haa lepak kat umah dya . pada raya ketiga palk kitorang g beraya umah sedara-mara yg ada kt foxcave tuhh pastuhh plan nkg g mandi kat sungai relau . yerla x-kan raya pertama kott nk p kesana . melampau laa kann . huhuhu . 

nk p beraya pon klik-klik mestii . hehehee =)

menyempatt klik-klik

with my lovely mom

with Maheran

with Maisyarah

with Marlia

with Malianis

ramai betull anak dara kak nun nihh . hehe


so lps beraya sakan kat umah sedara-mara tuhh , kitorang pon p la ke negeri jiran iaitu PAHANG untuk mandi-manda . jgn salah faham sungai relau tuhh kat pahang ek bukan kt foxcave . kat sana klik-klik gak tp x-bleh la upload gmbr mandi kat sungai dalam nihh . di kesempatan nihh aku nk pesan kpd korang-korang jangan la upload gambar kat sungai tuhh dalam laman sosial . knapa x-bleh?? korang pikir la sendiri dahh besar kan . 

upload gambar macam nihh blehh (sambil iklan jom visit sungai relau)


Taman Negara Pahang


jernihh kan . sejukk gilerr air .


nature . go green .

adik aku jadi model jap .


eh eh x-habis ag cerita raya aku nihh . 4 Syawal 1433H tuuhh kawan sekolah aku kahwin . rasa terharu plak bila dya datang hantar kad kahwin kat umahh . so aku pergi laa . herm dya dah kahwinn . aku?? tungguu kerja la duluu . berbaktii kat mak ayah luhh . insyaALLAH akan tiba gak masa aku plak naik pelamin . hehehe .

Hafiz & Sara . barakallahumabikum =)

aku nk gak klik-klik ngan pengantin . hehe

ok done with da raya story . nahh pantun 4 kerat versi kelate =)


lembu cokek boyo,
boyo pekong tin,
selamat hari rayo,
maaf zahir batin.


bulan Syawal tahun nihh gakk kita sambut merdeka pada 31 OGOS 2012 . so nak ucap Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 . sambil tengok bunga api yang berdentum-dentam tuhh jangan lupa bersyukur ngan kurniaan ALLAH yang bagi negara kita bebas dari cengkaman penjajah dan aman damai nihh . aku bangga jadi rakyat malaysia dan rasa bertuah kerana lahir kat malaysia nihh . yang penting nikmat paling besar ialah lahir sebagai ISLAM . alhamdulillah . jangan lupa jasa pejuang-pejuang negara kita ok . 

Salam Merdeka ke-55 =)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...